Friday, June 11, 2021

That Days...

 

Lapar. Makanya laju derap langkah kami ke kantin.

Sampai di sana, pesan dan ambil makanan, dia duduk. Aku pun duduk. Masing-masing baca doa, dan mula menjamah makanan. Air sejuk, kuih dan keropok. Jadi la buat mengalas perut.

“Ada benda pelik tak jadi malam tadi?” Lepas beberapa ketika, aku mula bersuara.

Malam tadi kami di ruang tamu. Aku siap kerja awal daripada dia, jadi aku lelap dulu. Dia teruskan buat kerja di sebelah.

“Takda.”

Dia menjawab lepas beberapa saat.

“Tapi, aku dengar kau tiba-tiba panggil aku. Jadi aku sahut “ya”. Tapi lepas tu kau diam je. Tengok-tengok memang dah lena betul.”

Dia tiba-tiba menyambung.

“Patut la rasa macam kau ada jerit “ya”. Masa tu aku mamai-mamai lagi.”

Bila dia bagitau macam tu, terus naik semangat aku nak bukak cerita.

“Malam tadi aku mimpi pasal rumah tu. Askar berperang. Tembak-menembak. Ada sorang askar kena tembak, jatuh timpa aku. Dan aku terus jatuh dalam lubang macam kubur.”

Masing-masing terdiam. Aku dah syak ada benda tak kena. Pernah baca dalam buku Mastika, antara alamatnya ialah mimpi buruk, mimpi jatuh dari tempat tinggi. Ni bukan setakat tempat tinggi, masuk lubang kubur terus.

“Hari mula-mula sampai pun ada jadi benda pelik. Kau semayang kat bilik depan kan, kau dengar tak mak aku panggil kau?”

Aku cuba mengingat. “Haah. Ada. Masa tu aku tengah duk tahiyat akhir dah. Tapi lepas tu tiba-tiba mak kau diam.”

“Pasal kau ada menyahut. Terus menyahut lepas kena panggil. Tapi suara pelik. Kasar, kuat, suara laki. Sebab tu kami semua terdiam.”

Aku pulak terdiam bila dengar macam tu. Patut la masa tu tiba-tiba semua orang jadi senyap tak berbunyi.

Nampaknya dari awal lagi kami dah ‘terkena’. Cuak mula terasa. Rasa sejuk kaki tangan.

Tiba-tiba kedengaran,

“Cikgu, perjumpaan dah nak mula.”

Sorang budak lelaki tercegat di muka pintu.

Tak tunggu lama, terus kami angkat kaki.

 

Dah maghrib. Dalam perjalanan tadi dah terdengar suara azan. Mungkin surau. Tak pasti dari arah mana. Kami baru sampai rumah sewa.

Buka mangga grill, buka pintu, terus menapak masuk dalam.

Kawan aku gosok gigi di dapur. Aku pula masuk tandas dalam bilik, nak ambil wuduk. Tunduk membongkok dekat kepala paip, aku perasan pintu nampak macam terlalu ketat. Macam dikunci. Walhal tadi aku tutup alang-alang saja, sebab pintu tandas ni dah rosak.

“Perasaan je kot.” Hati bergetus. Sedapkan hati sendiri.

Siap ambil wuduk, aku berpusing menghadap pintu. Nampak memang tersangat ketat.

Sekali lagi aku pujuk hati, moga-moga tak betul firasat ni.

Tangan tolak daun pintu.

Sah, terkunci!

Dalam dada mula bergetar. Ni memang betul-betul sangat “dikenakan’.

Aku masih cuba menafikan, fikir kot-kot kawan aku nak bergurau. Tapi dari tadi aku dengar bunyi dia gosok gigi kat dapur.

Takda pilihan, aku terpaksa melaung memanggil kawan aku. Dan bunyi dia menggosok gigi terhenti mendadak.

“Nanti kang dia ingat ‘panggil mengusik’ pulak.” Terdetik tiba-tiba.

“Tolong aku bukak pintu ni! Terkunci.”

Lepas tu baru dengar bunyi air paip lagi di sinki dapur.

Belum sempat aku buka mulut, dia dulu menyoal,

“Macam mana boleh terkunci?”

Dan aku terus terdiam. Dalam kepala terus terbayang Si Casper. Kami betul-betul kena ‘game’!

 

 

No comments:

Post a Comment