Tuesday, October 29, 2013

Gerimis Kasih Kita 19

Tubuhnya tegak menghadap kaca televisyen. Peti yang empat persegi itu berterusan melaksanakan tugasnya tanpa jemu.
Kepalanya tiba-tiba dipalingkan ke arahku. Aku yang ralit menonton selang tiga tempat duduk daripadanya turut memusingkan kepala bilamana terasa diperhatikan.

Spontan, dia mengalihkan pandangan ke depan. Kembali melihat skrin televisyen.

Aku turut tuntaskan perhatian ke depan. Terperasan je kot!

Sedetik .. dua detik ..

Kepalaku tertoleh ke kiri sekali lagi. Dan dia terus meluruskan semula pandangan ke depan. Ei .. bukan aku yang perasan nih! Sungguh, dia betul-betul main-main dengan aku ni!

“Awak nak cakap apa?” Akhirnya aku memecahkan kesenyapan suara antara kami.

Dia memusingkan tubuh menghadap aku.

Haa .. kan betul, bukan salah aku perasan sendiri!

Terkebil-kebil mata bundarnya menentang sepasang muka berkerut aku.

Sesaat .. dua saat ..

“Apa benda, nya? Cakap je la, saya dengar.” Geram. Dah tengok muka aku, boleh pulak dia kelip-kelip mata aje. Sepatah pun tak cakap apa. Malu la aku!

Muka comel yang makin menggetarkan hati ini aku pandang dengan muka berkerut seribu. Kerut yang saja-saja dibuat untuk mengatasi detak jantung yang mula kehilangan rentak alunannya.

Rengkungnya kelihatan memanjang. Membasahkan tekak sebelum memulakan penghujahan barangkali.

“Nanti ...”

Diam.

Aku tertunggu-tunggu bait kata seterusnya.

Satu .. dua .. tiga ..

Tingkahnya masih terbata-bata.

Aku mengangkat kening. Kalau iya pun nak berjeda, janganlah lama sampai macam tu sekali.

“Nanti apa? Awak .. cakap aje apa awak nak cakap. Saya dengar.” Suara aku lunakkan ke pendengarannya. Kalau ikutkan, aku sebenarnya sudah mula naik bosan. Biarpun mukanya comel, suaranya merdu, tapi kalau dah main cakap sepatah macam ni, bosan jugak. Lainlah kalau dia bagi ayat bunga-bunga ke .. tak ada la aku rasa yang negatif aje.

“Nanti .. nanti Abang nak bawa Anis jumpa keluarga Abang.”

Setelah lama tersekat di kerongkong, akhirnya terluah juga isi hatinya. Lega rasa hati.

Tapi tidak bagi aku. Serta-merta tekak rasa tercekik.

“Aa .. hah?”

Respon pertamaku setelah lama terdiam, siap dengan mata picing sebelah dan mulut terjongket sebelah.

Dia tenang sahaja melihat tindak balasku.

“Abang tak pernah cerita pasal keluarga Abang, kan? Kesian Anis .. tak pernah tahu pasal keluarga baru Anis.” Lelaki itu menyambung dengan suara lirih. Tangan kanannya memegang jari-jemari kirinya, dengan pandangan yang ditundukkan. Ada riak kekesalan pada air muka itu.

Buat kesekian kalinya, aku hanya mampu menelan liur. Tidak tahu bagaimana lagi mahu bereaksi.

“Abang ada Mama. Namanya Saira. Umur dalam 50-an.”

Dia mula membuka hikayat perjalanan hidupnya. Tenang dan lancar sekali. Aku dapat melihat sepasang matanya bersinar dengan roman muka manis, semanis senyum yang terukir indah. Cukup untuk membolehkan aku menebak betapa besar nilai keluarga dalam hidupnya.

Daripada penceritaan itu, dapat aku bayangkan bagaimana hidup anak orang kaya ini. Terpelajar, berwibawa .. Berjaya sekali menimbulkan kekagumanku terhadapnya. Jauh sekali bezanya dengan perjalanan kehidupan aku. Terasa jurang yang sangat jauh antara kami.

Tetapi ... bagaimana boleh timbul perkaitan antara dia dan aku? Dia dengan dunia orang kayanya, sedang aku dengan hidup sederhanaku ... di manakah titik persamaan yang memungkinkan berlaku pertemuan antara dunia yang berbeza ini? Berlegar-legar persoalan itu dalam kotak fikiran.

Awan mendung kian berarak pada wajah itu bilamana episod sedih mengambil bahagian dalam kamus hidupnya. Gerahamnya dikacip rapat. Barangkali ada sendu cuba diselindungkan.

Aku mengemam bibir.

“Bila awak nak bawa saya jumpa Mama? Jumpa Rizhan?” Ajuku perlahan. Sebetulnya cuba mengusir kesyahduan yang mula menguasai suasana.

“Bila Riz dah berjaya pujuk Mama, Abang akan bawa Anis pergi rumah Mama.” Sudah stabil suara yang tadinya serak itu.

“Itu kalau Mama. Rizhan pulak? Jumpa sekali dengan Mama aje?” Soalku pelik. Kan boleh jumpa Rizhan dulu sementara nak jumpa Mama. Bukannya Rizhan menentang macam Mama, bahkan dia sukarela pula nak membantu jernihkan keadaan.

Rizwan mula rasa gelisah. Jantung bergetar hebat. Apa yang akan berlaku nanti? Jernihkah keadaan? Atau makin bertambah ribut?

Senyum tawar digarit nipis.

“Nantilah. Nanti Abang aturkan.” Lemah sekali dia menjawab. Selemah perasaan yang galak berkecamuk.

Terkebil-kebil mataku melihat lelaki itu. Berlaku perubahan yang mendadak. Tapi kenapa?

Memandangkan dia diam membisu, aku tepiskan sahaja kehairanan yang menjengah.

“Ok lah. Saya dah mengantuk. Masuk tidur dulu.” Akhirnya aku mengalah. Terus bangkit dengan bertongkatkan lengan pada bahu sofa.

Tidak ada balasan apa-apa daripadanya.

Aku terus masuk ke bilik. Baru sahaja belakang direbahkan ke tilam, pintu dikuak dari luar. Terangkat kening melihat dia yang selamba melangkah ke arahku. Tanpa sebarang bunyi, dibaringkan badannya di sebelahku.

Aku bertongkat lengan. Tak mahu berbaring sebelah dia.

“Tidurlah, sayang.” Tangannya dipanjangkan, membantu membaringkan aku.

Lagilah membulat mataku. Tambah berasap bila dia dengan muka tak bersalahnya memejam kejap dua-dua belah mata.

“Awak tak payah mengarut! Bersayang-sayang bagai! Pergi tidur kat bilik awak!” Perlahan, tapi tegas suaraku siap tangan menolak-nolak tubuhnya.

“Shh ... tidur, tidur.” Dengan mata terpejam, tanganku yang menolak tubuhnya ditarik dan dipegang.

Makin terbakar hatiku.

“Awak pergilah tidur kat bilik awak! Menyibuk kat bilik saya buat apa?!” Aku masih tak berputus asa. Terus menolak tubuhnya yang berat. Geram sungguh bila tubuhnya tertolak, tapi tetap tak teranjak.

“Shh ..! Bising la sayang ni. Tidur, tidur.” Dia masih cuba membaringkan aku. Mata tetap terpejam.

“Awak ..” Aku memilih untuk berdegil.

Tiba-tiba dia bangkit. Terkejut aku dibuatnya.

Sepantas kilat kedua-dua tangannya memegang bahuku, merebahkan tubuh aku ke tilam. Terbeliak mata ini. Bilamana aku cuba bangkit, cepat-cepat dia menahan dengan tangan sasanya dan terus berbaring.

“Sekarang, tidur. Selamat malam, sayang.” Serentak, satu ciuman hinggap di pipi, mematikan segala urat saraf dan sistem tubuh!

2 comments:

  1. ahhh..akhirnya, tq cik writer. harap ada terselit sikit konflik dalam n3 seterusnya...tak sabar menunggu.

    ReplyDelete
  2. Kenapa la si nurul ni kasar sgt....susah nk jatuh cinta

    ReplyDelete