Sunday, September 16, 2018

Germis Kasih Kita 29 (ii)


“Saya mintak maaf.”

Aku diam membeku.

“Anis, saya minta maaf.” Diulang lagi lafaz itu. Seperti tadi, aku tidak mengendahkannya.

“Saya minta maaf, Anis! Tolong maafkan saya!”

Dia menarik kedua-dua belah tanganku ke mukanya. Lafaz maaf terus diucap, dengan tanganku yang dibawa ke bibir. Aku memandang tanpa sebarang rasa. Biarkan sahaja tanganku basah dengan air mata hangatnya yang mengalir laju.

“Saya tak sangka jadi macam ni! Maafkan saya ..”

Cukup lama aku membisu. Sehingga akhirnya hati dijentik satu rasa.

“Terima kasih.” Aku bersuara perlahan. Cukup untuk membuatkan dia memanggung kepala. Kedua-dua belah pipinya banjir dengan air mata.

“Terima kasih .. sebab jawab soalan yang dari dulu, tak pernah saya jumpa jawapannya.” Serentak, selajur air mata mengalir deras menerjuni pipi.

Rizhan terkelu. Air mata yang sudah berhenti kembali merembes keluar. Digenggamnya erat sepasang tangan itu.

Pandangannya menggali maksud di sebalik bening mata berkaca Nurul Anis. Tak perlu dijelaskan, dia sudah dapat memahami.

“Maaf .. sebab saya, awak jadi mangsa.”

Mata berkacanya merenung tepat ke mataku. Ada sesalan terbias di situ.

“Saya tak sangka .. baby ..” Kepiluan yang memagut tangkal hati membuatkan dia tidak mampu menyudahkan ayatnya. Dia berasa sangat berdosa. Gara-gara dendam, benci, marah .. sekali lagi, Anis menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment