Friday, April 27, 2012

Gerimis Kasih Kita 1

Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu
Hatiku rungsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu

Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah masyhur
Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah masyhur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur
...


“Hai, kak. Senang hati nampak.”
Aku pandang Ayuni sekilas. Adikku yang satu ini memang selalu memunculkan diri secara tiba-tiba. Datang nak mengusiklah tu. Hobi mengusiknya tak pernah berubah walau dalam apa keadaan sekalipun. Sebab itulah kemesraan antara kami adik-beradik sentiasa kukuh terjalin.
“Senang hatilah boleh balik kampung ni. Dah lama sangat kakak tak rasa gembira macam ni, tau. Jadi, Yuni jangan kacau kakak.” Tanganku terus lincah meraut daun kelapa yang sudah tinggal separuh. Lidinya aku longgokkan di satu tempat. Nanti bila dah banyak, boleh diberkas dan dibuat menyapu laman. Tak adalah kawasan yang hanya sekangkang kera ini semak dengan dedaun pokok yang berguguran.
“Eleh ... macam la orang nak sangat kacau dia. Orang cuma nak tanya la, nak tak pergi Langkawi? Join Abang Naim punya trip. But ah ha ... the word ‘no’ is not valid!” Beria-ia adik aku ini bercakap, siap digoyang-goyangkan lagi jari telunjuknya.
Aku cebikkan bibir. “Tanya buat apa kalau cam tu.”
“Malas la dik. Abang Naim tu bukan sedara kita pun, segan la nak ikut dia. Yuni soranglah pergi.” Sambungku lagi. Dengan mulut muncung sekali.
“Ala ... kak, kalau akak tak pergi, Yuni tak boleh pergi, tahu? Mak dah cakap awal-awal. Lagipun, Abang Naim kan bakal abang ipar Yuni, bukan jauh sangat pun. Tak gitu?” Ayuni sudah tersengih nakal dengan kata-katanya sendiri.
“Heh ... akak ketuk kepala tu kang!” Aku layangkan penyekeh ke kepalanya, tapi tak kena pun. Ayuni sudah tergelak-gelak. Tapi sekejap je. Disambungnya ungkapan pujuk rayu di pendengaranku.
Aku diam membatu. Kesian! Tapi sayang pulak nak lepaskan masa cuti seminggu semata-mata demi Langkawi. Dua minggu lagi aku akan mula kerja pulak. Bila lagi la boleh merasa cuti camni.
“Pergi la, Anis. Bawak Yuni tu pergi tengok negeri orang.” Emak yang tiba-tiba muncul di sebelah Ayuni bersuara. Terperanjat aku dibuatnya. Apalah ... emak dengan Yuni ni sama aje.
Aku tengok sekilas muka Ayuni. Berseri-seri terus. Ceh! Buruknya sengih panjang dia! 

“Rizhan mana, ma?” Rizwan mengerling Datin Saira yang tercongok di meja makan sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ. Sekeping sandwich dicapai lalu disuap ke dalam mulut. Kemudian seteguk kopi pula dihirup.
“Wan kenal Riz tu, kan? Takkan tak tahu lagi?” Ringkas Datin Saira menjawab. Rizwan di sebelah dipandang.
Anak sulungnya itu begitu segak berpakaian pejabat. Terserlah karismanya.
Rizwan mengangkat muka mendengar kata-kata mamanya. Sedikit-sebanyak hatinya terasa panas. Wajah Datin Saira dipandang lama.
“Ma, Riz dah patut mula fikir pasal pejabat. Bukan buang masa dengan benda-benda tak berfaedah macam tu.” Berat hatinya nak menuturkan kata-kata itu kepada mama, tetapi laju saja ia meluncur keluar dari bibirnya.
Rizwan perasan perubahan riak pada muka mamanya. Cawan di tangan diletak perlahan ke atas piring. Wanita yang anggun dalam baju kebaya merah dengan rambut perang berdandan itu kini mematikan panahan matanya pada Rizwan.
“Wan, Riz tu muda lagi. Biarlah dia enjoy dengan hidup dia dulu. Pasal pejabat, kan Wan ada. Bila dah sampai masanya, pergi jugak dia ke pejabat tu.” Suara wanita lewat 50-an itu sudah semakin meninggi.
Rizwan mengeluh. Sakit hatinya dengan sikap Rizhan. Langsung tak boleh diharap. Sedang dia bertungkus-lumus mengerah keringat di pejabat, elok saja Rizhan bersuka ria di luar. Joli sana, joli sini, tapi posisi yang sangat istimewa dalam syarikat sudah sedia menanti. Itu yang Rizwan bengang sangat. Dia dulu bermula dari peringkat yang sangat bawah. Ada ke patut dia dijadikan driver dan PA Presiden, merangkap datuknya saja?! Rizhan pula bakal menyandang gelaran Pengurus sebaik menjejakkan kaki ke syarikat yang dibina datuk mereka itu.
Sepi mencuri ruang. Rizwan hanyut dalam gelora perasaannya. Datin Saira pula ralit membelek jadual aktiviti persatuannya.
“Mama pergi dulu, dah janji nak jumpa Puan Sri Mona.” Datin Saira tiba-tiba bersuara, dan melangkah dengan lenggang-lenggoknya. Rizwan hanya memerhati sehingga kelibat ibunya hilang daripada pandangan.  
Niat asalnya untuk bertolak awal ke pejabat dibatalkan. Dalam keadaan ‘panas’ begitu dia mahu menenangkan fikiran terlebih dahulu. Apatah lagi petang nanti dia perlu menghadiri mesyuarat penting bersama klien dari Finland.
Tali leher yang dirasakan menjerut batang tengkuk dilonggarkan. Selalunya, pada saat hati tengah berang, dia akan merebahkan belakang ke atas tilam. Lalu perlahan-lahan anak tangga didaki menuju ke bilik. Sambil otak terus ligat berputar.
Dua tahun sudah Rizhan menamatkan pelajaran. Lepas tu mula sibuk dengan hobinya, fotografi dan melukis. Baru dua hari lepas Rizhan pulang dari Pulau Langkawi. Tup-tup pagi ini dia terbang ke Pulau Redang pulak. Dah lah sepanjang duduk di rumah kakinya tak pernah jejak lantai pejabat. Penampilan tak payah cakap la, serabai macam pengemis. Dengan jambangnya yang meliar tak tentu hala, misai tebal beberapa inci, rambut tak payah cakaplah.
Saat melintasi pintu bilik Rizhan untuk ke biliknya, otak Rizwan mendapat satu akal. Serta-merta kakinya terpaku di situ. Kepala melingas ke kiri dan kanan. Line clear!
Pintu bilik adiknya dibuka perlahan-lahan. Lalu selangkah demi selangkah kakinya menapak ke dalam bilik yang luas itu. Kemas tersusun, tak padan dengan gaya penampilan si pemilik.
Rizwan memerhatikan setiap sudut bilik, mencari sesuatu yang berharga dari kaca mata Rizhan. Almari pakaian, katil, meja, rak buku dan kanvas lukisan diamati. Sudut kerja di hujung katil dimampiri. Penuh tersusun buku-buku tebal dan fail di atas meja yang hampir menyamai meja guru di sekolah. Rak-rak di tepi dinding juga sarat dengan aturan pelbagai jenis buku. Tiga rak besar yang padat. Rajin jugak budak ni membaca! Ingatkan dah mabuk dengan kamera dan lukisan je!
Satu-persatu buku dibelek. Tiada apa-apa yang ‘mencurigakan’, melainkan catatan tambahan pada hampir setiap helaian. Laci meja pula ditarik. Juga tiada dokumen penting kecuali resit-resit pembelian barangan peribadi. Ceh! Benda camni pun simpan!
Rak buku pula menjadi sasaran. Kosong. Fail-fail turut diselak, tetapi hatinya terasa hampa. Takkan tak ada perkara berharga dalam hidup Rizhan?! Tak normal ke dia?!
Hish ... tak baik pikir serong pada adik sendiri! Seburuk-buruk dia, tak mungkin kepala otak dia senget sebelah! Tak mungkin, tak mungkin!
Beberapa ketika matanya melilau lagi ke arah meja dan rak-rak buku. Tidak ada apa-apa yang istimewa pun di situ.
Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar, pandangannya menangkap sebuah fail yang berada di antara timbunan fail di atas meja. Hati tertarik untuk melihat. Kalau fail lain semuanya berwarna putih, tetapi tiba-tiba saja ada fail yang satu-satunya berwarna merah, tentu kandungannya lain daripada yang lain, kan?
Lantas objek berbentuk segi empat tepat itu dicapai. Satu-persatu helaian diselak. Helaian pertama, lukisan wajah seorang perempuan bertudung. Helaian kedua, perempuan bertudung lagi. Helaian ketiga, perempuan ... ! Helaian seterusnya dibelek satu-satu sepintas lalu. Hampir 20 lukisan, dan semuanya ... orang yang sama?!
Bingo! Rizwan ketawa girang. Akhirnya, jumpa juga ‘sesuatu’ yang bermakna, yang sudah pastinya dapat dijadikan subjek untuk menggugat Rizhan. Kalau tangan selalu ukirkan satu wajah saja, dah tentu sebabnya wajah itu telah melekat di dalam hati, kan?! Tak gitu?
Rizwan berpaling ke arah kanvas lukisan pula. Tergerak hati nak melihat apakah tema lukisan Rizhan pada kertas putih yang bersaiz besar itu. Pemandangan seperti saat dia mula-mula berjinak dalam bidang ni? Atau geometri seperti setahun selepas itu? Atau corak abstrak seperti dua tahun lepas? Atau ... mungkinkan ‘sesuatu’ yang baru?
Perlahan-lahan kain putih yang menutupinya diselak. Melihatkan lukisan pada dada kertas putih itu, serta-merta bibirnya mengukir senyum. Nampaknya benarlah Rizhan sudah gila. Gila bayang! Atau mungkin lebih tepat lagi ... mabuk kepayang!
“Riz, Riz! Siapa la perempuan ni sampaikan kau begitu gila lakarkan potretnya? Nak kata cantik sangat, tak pun. Harapkan lesung pipit je yang dalam.” Dia bermonolog sendiri.
Memang pelik! Sebelum ni dia tak pernah melihat adiknya melukis potret sesiapa. Yalah, mungkin dia yang tak berminat nak tahu sebenarnya. Tapi kali pertama meneliti lukisan potret yang Rizhan hasilkan sekarang ni, semuanya guna model yang sama. Gaya pulak macam natural je, tak ada posing-posing.  
Lama melayan desis hati di situ, Rizwan akhirnya menarik sekeping gambar daripada fail Rizhan. Foto itu diselit ke dalam kotnya. Tahulah aku apa nak buat, Rizhan!

3 comments: