Thursday, November 7, 2013

Gerimis Kasih Kita 21 (ii)

p/s : Senang hati sikit lepas jawab 2 kertas. 1 lagi menanti. Tapi sementara tu, menyelam ke kisah Anis-Rizwan-Rizhan....Moga terhibur..(Maaf, masalah teknikal.Tak seberapa tersusun entry kali ni.)




Teko diangkat dari dulang, kemudian diaturkan di atas meja. Empat biji cawan turut diatur beralaskan piring. Dulang disorong ke bawah meja. Penuh cermat, teko berisi Coklat panas dituangkan ke dalam cawan-cawan. Aroma minuman yang masih berasap itu menyeruak ke udara, membangkitkan selera keempat-empat manusia yang duduk bersandar keletihan di sofa.

“Jemput minum .. Abang Wan, Kak, Han.” Dia mempelawa sopan. Seraya punggung dilabuhkan di sisi kakaknya.

Tanpa dipinta, tangannya didaratkan ke bahu Anis. Dipicit-picit perlahan. Rizwan dan Burhan melihat dengan hujung mata. Manja benar dua beradik ni.
“Terima kasih, dik.” Aku mengerdip mata manja ke arahnya, tanda penghargaan tak berbelah bahagi untuk jasa baiknya. Kesian .. tak pasal-pasal Ayuni pulak kena jadi tuan rumah.

Ayuni tidak menjawab, hanya melakar senyum nipis.
“Sila, Han.”  Rizwan tiba-tiba bersuara, menarik perhatian Burhan ke arahnya. Dia sendiri sudah membawa satu cawan ke bibir. Disisip perlahan-lahan. Nikmat sungguh bilamana tekak yang kering dibasahi dengan minuman panas.
“Ya, ya.” Pelawaan tuan rumah yang sebenar-benarnya membuatkan Burhan turut menarik satu cawan.
Telatah Anis dan Ayuni sudah tidak diambil kisah. Sudah faham benar karenah bila mereka bertemu. Macam-macam ragam.
Tapi Ayuni rasanya lebih mudah menjadi mesra. Itu yang membuatkan dia rapat dengan si adik, walaupun asal perkenalan mereka melalui Anis yang pernah sekelas dengannya.
“Abang Wan tahu ke Yuni nak datang ni?” Suara kuat Ayuni tiba-tiba menampan pendengaran mereka. Termati niat Burhan yang baru hendak membuka topik perbualan dengan tuan rumah.
Rizwan terkulat-kulat sebentar. Terkejut dengan soalan Ayuni, kerana dia lebih bersedia mendengar bicara Burhan. Tak disangka pula Ayuni lebih ‘tangkas’ dalam ‘melontar’ satu tajuk perbualan.
Terdiam sekejap lelaki itu. Sebetulnya, dia langsung tak tahu. Tapi rasanya sangat tak patut terlalu jujur menjawab soalan sebegitu.
“Akak terlupa nak cakap, dik. Ralit-ralit basuh kain, lipat kain .. sampai tak teringat nak beritahu Abang Wan.” Nak tak nak, aku terpaksa mencelah. Kasihan melihat Rizwan yang terpaksa menyengih untuk menjawab.
Lagipun, memang betul aku terlupa yang Ayuni akan datang ke Johor minggu ini, menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dan dia mahu ‘hinggap’ sehari dua di sini. Tapi tak pula aku dimaklumkan yang Burhan akan turut memunculkan diri.
Dia sengih lagi. Nampak riak kelegaan bila aku turut bersuara.
“Aku temankan aje. Kawan dia tu, kenalan aku jugak. “ Burhan pula mencelah.
Mata kami spontan berpusing ke muka Burhan. Dia macam tahu-tahu saja kewujudan dirinya di antara kami menjadi persoalan dalam benakku.
Ok, persoalan terjawab. Tapi, persoalan kedua muncul .. apa perlunya Burhan temankan Ayuni?!
Aku pandang kedua-duanya dengan hujung mata, silih berganti. Tak perlu disuarakan, sebab aku yakin ada aura yang semacam mengelilingi kami. Dan aura itu akan terus berputar di sini, bahkan semakin sirna .. sehingga akhirnya terpancar jelas di depan mata. Pasti!


Cadar rona hijau pucuk pisang aku tarik dari almari bersama sarung bantal dan selimut. Dicampak semuanya ke atas katil, betul-betul di depan mata Ayuni. Tanpa perlu diarah, Ayuni bertindak pantas menukarkannya. Dan mulut itu cekap juga bercerabih.
“Pelik ni ... suami isteri .. bakal dapat baby .. guna dua buah bilik serentak.”
Daripada topik jalan-jalan makan anginnya, tiba-tiba dia melencong tajuk. Sengaja dicoretkan kerut yang berlapis-lapis pada mukanya. Mata tak usah cakap, tertala tepat ke muka aku.
“Biasa la, barang banyak.” Jawabku ringkas. Cepat-cepat memotong bicara melalut dia.
“Dah, dah .. tak payah bebankan kepala pikir pasal benda-benda macam ni. Sekarang, akak nak tahu pasal Yuni. Bagitahu akak semuanya. From A to Z.” Sambil berusaha menguasai perbualan, aku pegang dan tarik kedua-dua belah tangannya. Membuatkan tubuh kurus Ayuni menghadapku.
“Hurm .. ada pulak suruh cerita macam tu. Tak ada thrill  langsung. Cubalah usaha sendiri .. siasat, perhati. Baru ada class!” Ditolaknya tangan aku. Dan dipalingkan mukanya daripada memandang muka aku. Dia buat-buat sibuk menepuk-nepuk bantal.
Ceh! Nampak sangat cover  malu!
Tengok air muka Ayuni yang berubah serta-merta menarik bibirku untuk senyum.
“Hati-hati. Jaga batas. Awak tu perempuan ..”
Setelah lama menyepi, aku akhirnya bersuara. Ayuni masih cuba mengelakkan pandangannya daripada melihat muka lawa aku. Menampakkan riak segan bila menyentuh topik sebegini. Maka terpaksalah aku beralah.
Kepalanya diangguk-anggukkan beberapa kali. 
Haa .. betul pun serkap jarang aku!
“Faham tak ni?” Bila dia diam membisu saja, mulalah aku naik bosan. Cakap sorang-sorang, macam cakap dengan dinding.
“Orang dah angguk, kan ni? Maknanya faham la. Takkan tu pun tak faham.” Mulutnya memuncung dengan kerut tak puas hati. Barulah dikerlingnya muka aku.
Aku tergelak saja. Sengaja nak mengusik.
Bila duduk berbincang macam ni, makin terasa yang adikku ini sudah semakin matang dan dewasa. Rasa makin jauh kenangan lalu kami tinggalkan. Dan ia akan terus berlalu, seiring detik yang kian pergi.


“Ada adik, terus lupa suami, ya.”

Teguran pertama sebaik-baik kaki menjejak lantai biliknya. Menarik aku untuk mengerling sekilas pada dia yang santai berbaring di atas katil sambil memegang buku. Pandai bajet masa. Elok aku masuk saja, terus bunyi. Nampak sangat tak khusyuk baca buku.

Aku diam. Malas mahu menjawab. Lagi-lagi bila mata dah mengantuk macam ni.

Spontan dikerling jam digital di atas meja solek.

11.47! Patutlah pun!

Punggung dilabuhkan di birai katil.

Ini yang aku malas masuk bilik dia ni! Nak landing pun susah!

Hati menggerutu dalam diam. Tapi aku terus membatu di situ.

“Kenapa pulak ni?”

Sekali lagi dia menegur.

Kali ini aku berpaling mencari mukanya.

“Saya nak tidur kat mana?” Lurus aku bertanya, dengan mata yang memberat, tak tertahan-tahan.

Lelaki itu tergelak kecil. Entah apa yang lucu, aku pun tak tahu.

Dia menutup buku yang dipegang, kemudian diletakkan di atas meja di penjuru kepala. Dan dia merangkak ke arah aku.

“Mari, tidur sini.” Ditariknya tangan aku.
Mengantuk punya pasal, aku akur saja. Tidak membantah walaupun dia membaringkan aku di sebelahnya. Kemudian, selimut ditarik sehingga ke paras pinggang.
Dia menutup suis lampu sebelum turut berbaring dan menepuk-nepuk lenganku. Konon mendodoi, lah tu.
Aku abaikan saja tindak-tanduk dia. Mata terus dipejam rapat-rapat. Dah berbaring ni, memang tunggu masa nak lena sajalah.

“Ok, lah kan .. nak tidur cari suami.”

Ei .. dia ni ..!

Auch!

Tiba-tiba dia menjerit kecil. Sekejap .. sebelum tawa pula menyusul.

Tangan kanan yang tadinya aku guna untuk ‘hadiahkan’ cubitan kecil pada lengannya dia capai. Digenggam erat dalam tautan jari-jemarinya.

Dalam mata yang terus tertutup, aku tidak bereaksi. Walau aku yakin, tanganku sudah didaratkan ke bibirnya! 

1 comment: