Friday, April 27, 2012

Gerimis Kasih Kita 11


 “Anis nak pesan apa-apa ke? Abang nak keluar kejap ni.”
Pertanyaan yang tiba-tiba bergema menyentakkanku daripada lamunan. Lantas aku berpaling.
Rizwan yang sudah kemas berpakaian berdiri hampir tujuh langkah di hadapan mata, bersama senyum manisnya. Makin lama aku tengok mukanya makin melebar senyum diukirkan. Dia ni la .. suka sangat senyum.
“Belikan ayam KFC, boleh? Ngan wedges sekali.” Lama baru aku menjawab.
“Ok. Itu je? Lain-lain?” Sambil terangguk kecil, sempat lagi dia offer kat aku lain-lain order.
“Tak. Tu je.” Confident je aku membalas.
“Alright.” Dan dia mula melangkah ke arah pintu.
“Er .. “
Rizwan memusingkan tubuh menghadapku.
“Sate ayam pun sedap jugak. Epal hijau pun banyak khasiat. Kalau boleh, coklat Cadbury sekali.” Tiba-tiba aku menambah.
Lelaki itu tergelak kecil. Dia menganggukkan kepala berkali-kali.
“Insya’ALLAH.” Sepatah kata dilafazkan.
Aku memerhatikan sahaja dia beransur pergi sehingga kelibatnya hilang di sebalik pintu. Bila bayangnya sudah tak kelihatan, serta-merta satu keluhan aku lepaskan. Semua yang aku mintak akan dipenuhinya. Baik jugak suami aku tu!
Erk! Suami?!
Lagi satu keluhan meluncur keluar dari bibir mengenangkan status dia pada aku. Suami. Ya, suami yang tidak aku cintai. Bahkan dibenci pulak adalah. Cuma sejak kejadian yang berlaku 5 bulan lalu, sedikit-sebanyak hubungan aku dengan dia menjadi jernih.
5 bulan yang lalu .. aku jadi macam orang gila bila dapat tahu ada satu nyawa akan bersatu dengan tubuhku. Aku tak nak makan, tak nak minum .. sebab aku mahu ‘ia’ mati. Aku tak mahu makanan yang aku ambil nanti menyuburkan’nya’. Betapa bodohnya aku!
Tapi bukan setakat itu sahaja kebodohanku. Aku pernah bertindak lebih gila, lebih zalim daripada itu .. aku sanggup telan macam-macam, hentak benda keras kat perut, semata-mata nak ‘bunuh’ segumpal darah yang kian lama kian membesar itu. Tapi sungguh, ALLAH itu Maha Berkuasa .. aku cedera dan dimasukkan ke wad, tetapi ternyata kandungan aku tidak gugur. Hanya berlaku pendarahan kecil.
Hampir sebulan aku ditahan di wad. Diberikan rawatan kerana kecederaan fizikal, dan paling lama .. dirujuk kepada psychiatrist. Sepanjang tempoh itu, Rizwan pulak yang bagaikan orang gila. Berkejaran ke hospital, berhempas-pulas bekerja, sendirian menguruskan hal ehwal rumah .. sehinggakan tiada langsung masa untuk dirinya sendiri. Saat itulah kali pertama aku melihat dia sebegitu tak terurus. Dengan rambut panjang mencecah bahu dan jambang yang meliar, malahan tubuhnya juga susut mendadak.
Air matanya begitu murah tika itu. Sedang aku macam orang bodoh terlantar di katil hospital gara-gara tindakan gilaku, dia pula lencun dengan air mata. Berkali-kali dilaungkan di telingaku supaya menghamburkan segala amarah dan dendam dalam hati ini kepadanya.
“Makilah abang, pukullah abang! Jangan seksa diri Anis sendiri!” Itu katanya.
Padahal masa tu aku betul-betul tak berpijak di bumi yang nyata. Langsung tak sedar apa yang telah aku lakukan. Memang benarlah ini bahananya bila membenarkan diri dikuasai emosi.
Dia meluangkan masa rehatnya bersamaku di hospital. Dan apabila aku sudah dibenarkan keluar, berulang-ulang kali pula dia membawa aku menemui kaunselor, seorang ustazah yang pandai berkata-kata.
Perhatian yang dia berikan sedikit-sebanyak membuatkan aku rasa bernilai. Tak perlu memasak, tak perlu mengemas, jangan buat tu, jangan buat ni .. sudahnya, kerja aku hanyalah order dan makan, tidur, goyang kaki, tengok tv. Cuma sesekali dipaksa ke klinik untuk check kandungan meskipun aku membantah. Kalau dalam hal tu, memang Rizwan sanggup lakukan apa saja hatta mengheret aku sekalipun. Dah nak dukung dah tak larat, heret sahajalah yang termampu dibuatnya.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Banyak yang dikorbankan lelaki itu untuk aku. Tapi .. berbaloikah semua tu kalau dibandingkan dengan perbuatan jahatnya dulu??
Entah. Belum ada jawapan untuk soalan itu. Buat masa ini, aku hanya boleh membiarkannya terbuai pergi dibawa angin lalu.

No comments:

Post a Comment